Pakej Pulau Perhentian yang owhsome, makan makan diperkampungan nelayan. Macam macam ada!!
Jom Lepak Perhentian by Fid!!
#JomLepakPerhentian by fid menawarkan percutian yang boommbastik dengan pakej yang berpatutan dan quality service yang didahulukan.
Pakej Pulau Perhentian Paling Murah
Monday, 5 February 2018
Makan-Makan di Perkampungan Nelayan
Pakej Pulau Perhentian yang owhsome, makan makan diperkampungan nelayan. Macam macam ada!!
Friday, 2 February 2018
Kincir Angin Pulau Perhentian
Kincir Angin Pulau Perhentian
Terdapat 2 jalan untuk ke Kincir Angin iaitu melalui hiking jalan darat dan melalui jalan air (jeti berhampiran). Tetapi setakat entry ini ditulis, bot kecil tidak dapat “park” dan turunkan anda di jeti kincir angin kerana jeti tersebut telah runtuh dan anda terpaksa melalui jalan darat dan hiking dari Long Beach , Perhentian Kecil.
kepuasan akan terasa bila anda sampai ke kincir angin. dengan permandangan yang canti, anda boleh menikmati permandangan laut dari atas sana.
Thursday, 1 February 2018
Sejarah Pulau Perhantian-Petikan Bernama
PULAU PERHENTIAN, 30 Jun (Bernama) -- Pulau Perhentian, yang terkenal bukan sahaja kepada penduduk tempatan malahan pelancong dari serata dunia yang menyifatkannya antara barisan nama pulau tersohor di dunia, kini menjadi nama besar dalam menjana industri pelancongan negara.
Penduduk pulaunya, yang kini menjangkau hampir 2,000 orang dan sebahagian besarnya adalah nelayan turut mendapat rahmat daripada limpahan pelancong yang tidak pernah surut itu.
Oleh kerana kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara, yang kian meningkat, penduduk kampung turut merebut peluang yang ada dengan menyediakan keperluan untuk pelancong seperti mendirikan rumah tumpangan dan bot untuk perjalanan dari tanah besar ke pulau itu ataupun untuk beriadah seperti memancing dan snorkeling.
Kerajaan sendiri terus memastikan prasarana di pulau itu terus dipertingkatkan seperti pembinaan sekolah, klinik dan sebuah pondok polis untuk memberi kemudahan kepada orang ramai.
NAGA DI PULAU PERHENTIAN
Namun di sebalik kehebatan Pulau Perhentian yang dikelilingi lebih 20 pulau kecil yang lain, sejarah kewujudan pulau itu juga begitu menarik untuk dikongsi.
Menurut seorang pengkaji sejarah Yusof Awang Su dalam bukunya "Tempat Sejarah Di Terengganu" yang dikeluarkan dalam Berita Darul Iman pada 1995, Pulau Perhentian pada zaman lampau terdapat seekor naga yang sangat besar, yang dipanggil penduduk pada masa itu Naga Pulau Berjuang.
Naga itu dikatakan tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan Tanjung Basi yang terletak di Pulau Perhentian Besar.
Pada satu ketika naga tersebut telah turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian dan kesan naga itu turun dapat dilihat di atas satu bukit di pulau itu.
Jalan yang dilalui naga itu pula kini dikenali sebagai Jalan Naga dan satu perkara yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini yang dikatakan tidak terdapat satu pun spesies ular berbisa.
TIADA ULAR BERBISA DI PULAU PERHENTIAN
Menurut cerita penduduk kampung, di Pulau Perhentian tidak terdapat satu pun spesies ular berbisa melainkan spesies ular sawa.
Ini kerana menurut mereka di pulau ini terdapatnya keladi lekir dan akar Cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular yang sekaligus ditakuti ular.
Oleh kerana adanya penawar itu, semua spesies ular berbisa dikatakan "tidak berani tinggal" di pulau itu kerana bisa binatang itu akan menjadi penawar.
Akar Cina putih itu mendapat nama kerana ia turut digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang dari China ketika itu untuk membuat tali sauh dan tali kapal kerana ketahanan akar tersebut.
SEJARAH PULAU PERHENTIAN
Menurut seorang penduduk di Pulau Perhentian Kecil, Awang Husin, 67, Pulau Perhentian mula didiami pada penghujung abad ke-18 dan tempat yang mula dibuka dan didiami penduduk adalah di Teluk Dalam iaitu yang terletak di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina.
Katanya, orang yang paling awal mendiami pulau itu dikenali sebagai Batin Mina dan keluarganya yang berasal dari Kepulauan Riau.
Batin Mina dan keluarganya datang ke Pulau Perhentian dengan menumpang kapal-kapal dagang China yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara.
Mengikut cerita, Batin Mina telah melarikan diri dari buruan Belanda kerana telah bertindak menentang penjajahan dengan cara merompak dan mengugut kapal-kapal dagang barat.
Awang berkata, pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus dan pada mulanya ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu.
SEBAGAI TEMPAT PERSINGGAHAN KAPAL GARAM
Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai) untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian berdasarkan tempat kapal-kapal itu singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran.
Pulau Perhentian pada masa dahulu ditadbir oleh seorang ketua yang dikenali dengan panggilan batin, yang semestinya merupakan seorang pendekar terbilang, juga seorang bomoh yang handal serta mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan orang yang di bawah kawalannya.
Ketika itu teraju pentadbirannya terletak di Teluk Dalam yang terletak di Pulau Perhentian Besar.
Selepas kematian Batin Mina, teraju pemerintahan pulau diambil alih pula oleh adiknya iaitu Batin Jamal dan satu ketika pulau itu sudah tidak tenteram kerana adanya gangguan makhluk halus manakala tanaman dirosakkan oleh monyet liar.
KUALA BESUT DULUNYA DIKENALI SEBAGAI NEGERI SANYANYA
Batin Jamal kemudiannya mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Besut yang ketika itu dikenali sebagai Negeri Sanyanya dan membuka penempatan di situ.
Selepas keadaan pulih, Batin Jamal dan penduduk kampung kembali ke Pulau Perhentian dan kemudian membuka penempatan di satu tempat di Pasir Hantu iaitu di Pulau Perhentian Kecil.
Namun tidak semua mereka yang kembali itu tinggal di Pasir Hantu dan ada yang tinggal di Pulau Perhentian Besar iaitu di Seberang Air Keruh, Seberang Mat Daham, Batu Jong dan Teluk Pauh.
Bagaimanapun, sejak Inggeris memerintah Tanah Melayu, kesemua penduduk telah dikumpulkan di satu perkampungan iaitu di Pasir Hantu.
Batin terakhir dalam dinasti pemerintahan Pulau Perhentian adalah Batin Sidek yang meninggal dunia pada awal tahun 1990 dan selepas kematiannya tidak ada lagi warisan kebatinan yang menjadi ketua penduduk Pulau Perhentian dan telah diganti dengan seorang ketua kampung.
PENDUDUK DULUNYA BERCUCUK TANAM
Mengikut sejarah, kata Awang, di awal penempatan penduduk Pulau Perhentian mereka bekerja sebagai petani dan nelayan selain bercucuk tanam seperti padi dan ubi kayu untuk keperluan keluarga.
Selain menanam padi, mereka juga menanam ubi kayu sementara menunggu padi mengeluarkan hasilnya dan sebagai sumber protein, penduduk pada masa itu juga menangkap ikan dengan menaiki perahu-perahu kecil yang diperbuat daripada batang-batang kayu yang ditebuk.
Disebabkan pada masa itu bekalan makanan seperti beras tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah pada masa itu, Batin Mina telah mengenakan syarat kepada kapal-kapal dagang China yang berlabuh di perairan Pulau Perhentian diwajibkan membayar cukai dalam bentuk makanan dan pakaian.
PULAU PERHENTIAN SEMASA JEPUN
Semasa Jepun melanggar Tanah Melayu dalam perang dunia kedua iaitu di sekitar 1941 hingga tahun 1945, Pulau Perhentian tidak ketinggalan dari terasa bahangnya apabila dijadikan pelabuhan tempat persinggahan sementara tentera Jepun untuk menyerang lain-lain tempat di Tanah Melayu dan Asia Tenggara.
Kapal-kapal tentera Jepun berlabuh dan berkubu sementara di Pulau Perhentian.
Tentera Jepun telah bertindak zalim dengan merampas makanan dan ternakan daripada penduduk kampung dan yang menjadi mangsa adalah golongan muda yang cuba ditangkap untuk dijadikan buruh kereta api maut di Burma.
Bagi mengelakkan diri daripada ditangkap, mereka melarikan diri ke atas bukit dan memasuki hutan Pulau Perhentian. Kesengsaraan pada zaman Jepun turut dirasai penduduk Pulau Perhentian sepertimana yang dirasakan oleh penduduk Tanah Besar Semenanjung.
Semua ternakan dan makanan yang tidak sempat disembunyikan dirampas oleh tentera Jepun dan sesiapa yang cuba melawan akan diseksa dan dibunuh oleh mereka.
Setelah Jepun mengaku kalah pada 1945 barulah penduduk kampung kembali aman dan Pulau Perhentian terus berkembang pesat sehingga sekarang.
TERDAPAT LEBIH 20 RESORT
Kini terdapat lebih 20 resort sama ada yang terdapat di Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar dan antara yang terkenal Perhentian Island Resort, Coral View Island Resort, Tropical Reef, Paradise Island Resort dan Arwana Perhentian Eco Resort & Chalet.
Pulau Perhentian hanya boleh dikunjungi selama enam bulan setahun sahaja manakala bulan yang lain begitu berbahaya kepada pengunjung disebabkan ombak yang kuat ketika Monsun Timur Laut.
Pengurus Arwana Perhentian Eco Resort & Chalet, Saat Surif berkata ia hanya dibuka kepada pelancong bermula Mac sehingga Ogos pada setiap tahun.
"Pulau Perhentian menerima kunjungan teramai pelancong luar adalah pada Mei sehingga Julai iaitu pertukaran musim di negara mereka dan cuti persekolahan," katanya.
Saat berkata, pelancong boleh memilih pakej penginapan yang disediakan termasuk makan, memancing, skuba, jungle tracking, snorkeling dan melawat pulau.
Menariknya, Saat menggunakan tenaga kerja yang terdiri daripada para duda, janda, tidak pernah berkahwin dan pekerja Indonesia terlatih untuk bekerja di resortnya.
Pepatah ada berkata, tak kenal maka tak cinta dan sekiranya anda pernah ke Pulau Perhentian, sesungguhnya cinta anda sudah terpahat di pulau itu.
SHARI-LA RESOLT, CORAL BAY, PERHENTIAN ISLAND (Perhentian Kecil)
Shari-la Island Resort merupakan antara salah satu resort yang terletak di Teluk Aur, Pulau Perhentian Kecil (Perhentian Small Island). Resort ini menawarkan pelbagai pakej seperti pakej percutian dan pakej snorkeling dan harga yang ditawarkan sesuai dengan lokasinya. Bagi yang berbulan madu pula, lokasi dan pemandangan di resort ini amat sesuai bagi yang mencari suasana romantik di Pulau kerana anda disajikan dengan pemandangan indah matahari terbenam hampir setiap hari. Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik seminar dan mesyuarat, restoran, 24 jam bekalan elektrik dan banyak lagi. Manakala di dalam setiap bilik disediakan dengan aircond, kipas, TV satelit, hot shower dan lain-lain.
Pakej HomeStay SeaView!!! Murah dan berbaloi!!
Pakej HomeStay yang OWESOM!!
Pakej jimat yang boleh bawa seluruh ahli keluarga anda, dengan kemudahan memasak, anda boleh masak ikut waktu anda dan kehendak anda. Dengan homestay yang mengadap atau berhadapan dengan laut, dengan menikmati keindahan ciptaan Tuhan, yang boleh membuatkan anda hilangkan sementara segala kekusutan kerja harian anda. Pakej kami hanya RM205/pax harga mampu milik, tetapi kenangan yang abadi selamanya di hati anda! Homestay ada 2 bilik, 1 beraircond dan 1 lagi berkipas, untuk extra bed (single) hanya add RM30/night.
Booking sekarang sebelum ianya berakhir : www.wasap.my/60126717414
atau lawati FB : Pakej Pulau Perhentian Paling Murah
PAKEJ COCOHUT RESOLT, LONG BEACH
Pulau Perhentian Cocohut Long Beach Resort adalah penginapan di Perhentian Kecil, hanya 15 minit berjalan kaki dari pantai. Ia mempunyai restoran dan chalet dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan taman atau laut. Resolt yang dilengkapi dengan perabot kayu dan cahaya lampu yang malap menimbulkan suasana yang romantik dan tenang bila berada anda bercuti di Cocohut Resolt. Semua chalet yang mempunyai TV, peti sejuk dan ruang duduk yang selesa. Kelengkapan mandian yang selesa. Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling atau menyelam. Terdapat juga taman berlandskap yang indah untuk anda berehat sambil menjamu mata. Pilihan makanan tempatan yang lazat ditawarkan di Cocohut Long Beach Restaurant. Pilihan makanan laut yang segar juga disediakan.
Perjalanan dari Jeti Kuala Besut hanya mengambil masa 30 minit ke Cocohut Resolt LongBeach. Lapangan Terbang Ismail Petra adalah lapangan terbang yang terdekat ke Kuala Besut yang hanya mengambil masa 45 minit ke Jeti Kuala Besut.
Subscribe to:
Posts (Atom)